Friday 10 February 2017

Set Berpantang Shaklee

Masa berpantang adalah masa yang crucial utk perempuan..masa ni mmg fragile..ibaratkan contruction time😂..hihi..
Semasa mengandung ibu perlu kekuatan mental dan fizikal selama 9 bulan...menghadapi alahan, emosi, perubahan fizikal dan pembawakan budak yg pelbagai rupa bukan lah perkara yg mudah..
Semasa bersalin tenaga yang digunakan bukan sikit sakit yang ditanggung bukan kepalang urat yan.g putus bukan 1@2 mental emosi benar2 menduga kebergantungan sepenuhnya kepada Allah nyawa ibarat dihujung tanduk...matinya mati shahid...
Ketika berpantang inilah waktu untuk baiki semua yg rosak..emosi kembali stabil..makanan perlu seimbang berkhasiat..tradisi urut ,berbengkung dan bertungku jgn ditinggal..
Antara set berpantang Shaklee yg terbukti boleh menjadikan ibu lebih tenang , bertenaga , luka cepat sembuh dan bebas sembelit bonus susu meriah ketika tempoh berpantang adalah:

🌹Vitalea
🌹B Complex
🌹ESP
🌹Vitamin C
🌹Ostematrix

#tsunamishaklee
#amazingseventeen


Tuesday 7 February 2017

5 tips berjimat cermat tanpa berlapar

Dunia hari ni antara suka atau tidak memang perlu berjimat..jangan salahkan keadaan keadaan tak kan berubah walau selangit pun kita komplen..yang kena berubah adalah kita
Okeh hari ni kak mid nk share 5 tips untuk berjimat tanpa berlapar😂😂😂...

Tip #1:
Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat.
Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.
Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?
Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.
Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

Tip #2:
Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.
Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.
Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.
Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

Tip #3:
Jenama tak terlalu penting.
Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco, Guardian dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.
Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Tip #4:
Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.
Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.
Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.
Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.
Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

Tip #5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.
Beri perhatian kat perkara seperti pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.
Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.
Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.
Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus.
Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.

Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain.

Saturday 4 February 2017

3 sebab kenapa rezeki sangkut dan sempit

Ada rakan mengadu kenapa rezeki susah lekat dan selalu sangkut padahal dia bukan lah orang yang malas rajin usaha tapi hasil yang dapat hanya lepas2 hidung je. Sebagai sahabat yang jua serba jahil ni saya cuba mengingatkan dia tentang 3 perkara untuk membuka rezeki. Bukan nak tunjuk pandai tapi sebagai sahabat saya sekadar share apa yang saya tahu.

Daripada pengamatan saya, ada tiga sebab menyebabkan rezeki menjadi sempit.

✅tidak memberikan sedikit rezekinya untuk dikongsikan dengan ibu bapa. Yang ni sangat2 lah perlu jaga. Suka saya anggap ini lubuk rezeki.

✅ lokek untuk bersedekah.yang ni saya pernah buat video berkenaan sedekah. Tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah tapi bersedekahlah untuk jadi kaya. Janji Allah pasti 1 yang kita bagi Allah akan balas 10. Jadi percaya je. Kena istiqamah.

 ✅mengabaikan zakat. Untuk menyucikan harta. Dan kat sini pun Allah SWT menjamin rezeki dan harta orang yang berzakat.

Demikianlah tiga sebab yang saya tuntaskan di hadapannya. Semoga bermanfaat kepada beliau dan saya sendiri juga.

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#superstarsshaklee