Monday 22 May 2017

Set Kesuburan Shaklee




Assalamualaikum,

Kawan kawan yang sedang berikhtiar nak dapatkan baby(ttc), kalau belum ready nak detox (sebab sebaiknya detox dulu baru amek set ni)..

Boleh ikhtiar dengan set complete ini...supplement dalam set ini cover semua keperluan untuk meningkatkan kesuburan dan membetulkan hormon

Dan andaikata terrr"pregnant" dalam masa tengah ikhtiar pun, inshaaALLAH baby dapat zat lengkap untuk perkembangan awal jantung dan otaknya...
Tapi make sure dapatkan set ni dari authorized#superstarzfamily team members sebab mereka semua dah terlatih untuk consult isu kesuburan ni by doktor yang memang berpengalaman selama 20 tahun...
Sebab kesuburan ni bukan isu biasa biasa ya, ia isu yang sangat sensitive so kenalah dapatkan advice dan consult dengan betul.
Yang penting kena tahu ialah setiap isu kesuburan adalah BERBEZA..so takleh pukul rata aje ye kawan kawan sekalian...

Kesiankan pada customer kita yang ikhtiar nak dapatkan zuriat, tapi kita ni asal dapat sales sudah..sebabtu lah sanggup bagi janji pelesu kepada customer kononnya makan GLA saja dah cukup untuk ikhtiar pregnant...

To customers, make sure u all dapatkan advice dan consultation serta produk anda untuk ikhtiar pregnant ni dari #superstarzfamily ya... inshaaALLAH dengan consultation yang professional hasil bimbingan doctor berpengalaman, ikhtiar anda untuk hamil akan berhasil..aamiiin...
meh akakvivix ceritakan sekit sebanyak tentang produk kesuburan ni :
1) GLA Complex

GLA atau Gamma Linolenic Acid adalah sejenis asid lemak yang diperoleh dari sumber tumbuhan dan biasa dijumpai dipasaran dalam bentuk kapsul Evening Primrose Oil (EPO). Fungsi GLA dalam set kesuburan ni adalah:

  • Membantu menstabilkan hormon dan kitaran haid yang teratur
  • Menghasilkan mucus serviks yang berkualiti dan meningkatkan kuantitinya.
  • Membantu mengatasi masalah senggugut
  • Menguatkan placenta

 2) Vitalea

Manakala fungsi Vitalea dalam set ini adalah:
  • Memastikan sel hidup
  • Penting untuk pertumbuhan sel baru
  • Membantu proses pembesaran
  • Menyokong sistem pembiakan lelaki dan wanita
3. Vivix

Seperti yang kita tahu, dalam Vivix ada Resveratrol. Antara fungsi resveratrol dalam set ini adalah:
  • Melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matangdaripada oxodate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN
  • Membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita ddengan meningkatkan kualiti benih telur.
4. OmegaGuard

OmegaGuard meningkatkan kesuburan kesihatan sperma.Lelaki yang tidak mempunyai asid lemak yang cukup menyebabkan kolestrol akan mengambil alih tempat asid lemak yang diperlukan oleh membran sperma. keadaan ini menyebabkan terbentuknya radikal bebas yanfg boleh merosakan sperma.



Untuk order dan konsultasi:
Hamidah 012 3414136


klik SINI untuk order.





#superstarzfamily...tqvm 🌹


Thursday 11 May 2017

Tips Pemakanan Untuk Pesakit Kanser

Assalamualaikum semua,

Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi. hiihi..tak kemana ada je ni ha cuma sejak tukar kerja ni akak vivix sibuk sikit. Meskipun begitu kedai online akak vivix sentiasa buka je tau:)

Hari ni akak vivix nak bercerita tentang tips pemakanan untuk pesakit kanser. Rentetan selepas post akakvivix jadi bualan di FB berkenaan luahan hati akakvivix berkenaan kanser.

Pentingnya penjagaan amalan pemakanan yang baik kerana:

  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan tisu yang rosak terutamanya selepas pembedahan, radioterapi, kemoterapi atau proses perubatan yang lain.
  • Membantu dalam mengadapi kesan sampingan rawatan untuk sembuh dengan lebih cepat
  • meningkatkan imun system/ketahanan badan 

Okey kat sini akakvivix nak cerita sikit berkenaan tips-tips yang penting perlu dielakan jika anda telah di sahkan mempunyai kanser:
  • Elakkan gula putih - pesakit kanser perlukan makanan untuk membunuh sel sel kanser bukan baja yang boleh suburkan sel sel kanser tu.Elakan pemanis tiruan gantikan dengan pemanis stevia atau madu asli.
  • Elakkan makanan panggang - Sate, Ikan bakar dan makanan bergrill perlu dielakkan oleh pesakit kansser, ini adalah kerana karbon terbentuk di permukaan makanan bersifat karsinogen menjadikan sel sel kanser menjadi lebih agresif
  • Elakkan makanan goreng guna minyak berulang - minyak kitar semula yang sudah bertukar kehitaman akibat oksidasi mengandungi karsinogen yang boleh mengaktifkan sel kanser.
  • Elakkan kafein (kopi, teh,coklat) - Ketiga tiga jenis makanan ini mempunyai kafein yang tinggi. Ini bermaksud ianya adalah asid yang tinggi. sel kanser sangat suka kepada keadaan berasid dan senang membiak pada keadaan seperti ini. Banyakan minum air kosong yang ditapis adalah amalan yang baik kerana ianya dapat membantu mengelakan bahan kimia dan racun masuk kedalam badan.
  • Rajin exercise untuk dapat oxygen secukupnya(sel kanser takut pada oxygen)
  • Daging merah - elakkan menjadikan daging merah sebagai main menu anda. Kandungan kasein dalam daging merah juga menjadi faktor dalam mengaktifkan sel kanser. Cara memasak pun memainkan peranan penting, menbakar daging merah menyebabkan terbentukan karsinogen yang juga boleh menjadikan sel semakin agrasif kan so alternativenya jikan anda masih ingin menikmati daging merah sesekali caranya adalah dengan merebus atau stim untuk lebih sihat.
  • Makan Vivix - Vivix mengandungi resveratoral yang terbukti melalui kajian-kajian saintifik boleh membantu memperbaiki sel-sel yang rosak (seperti sel kanser). Apabila sel-sel rosak telah dibetulkan, mereka akan mematikan diri sendiri dengan sendirinya (juga dikenali sebagai proses Apoptosi) dan menyebabkan kanser berkurang dan akhirnya hilang.


Sesiapa yang mengidap kanser janganlah putus asa. Cubalah ikhtiar dengan vivix. Jika anda, adik beradik, saudara mara, sahabat handai ada mengidap kanser janganlah cepat berputus asa. Orang kata berpantang ajal sebelum maut. Fikir positif dan kental melawan penyakit seperti Master Law ini. Last but not least ialah berdoa kepada Maha Esa untuk makbulkan kesembuhan.

Klik sini untuk order ViViX




Boleh hubungi akakvivix untuk pembelian Shaklee atau daftar jadi ahli Shaklee di:

♥ Hamidah Hamzah
♥ Sms/WhatsApp:  012-3414136

 sila klik LIKE utk info terkini. Setiap pembelian produk shaklee dengan akakvivix anda wajib menerima konsultasi percuma daripada akakvivix yang gojes!!

Friday 24 March 2017

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN 'SUPPLEMENT'?

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan penuaan


2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayuran dari tanah yang subur.Racun perosak , racun serangga  dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti  buah & sayuran tersebut.


3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan ,penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika memasak.


4) Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan ,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet  yang tinggi kafein, lemak , gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.


5) Cara pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6) Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


7) Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Tuesday 14 March 2017

Bagaimana antioksidan menutralkan radikal bebas


Sebelum lebih panjang kak mid nak cerita dulu macamana radikal bebas terbentuk,radikal bebas yang terbentuk selama oksidasi berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil sehingga memiliki kecenderungan melepaskan elektron atau menyerap elektron dari sel.

Setiap kali sebuah elektron dilepaskan atau ditangkap oleh radikal bebas, maka akan terbentuk radikal bebas yang baru.

Radikal bebas yang baru terbentuk akan terus melakukan hal yang sama. Dengan cara ini, rantai radikal bebas tercipta.

Jika keadaan ini terus berlaku dalam jangka masa yang panjang, lama kelamaan sel2 badan akan menjadi rosak.

Antioksidan seperti beta karoten, vitamin C, dan vitamin E membantu mengubah radikal bebas yang tidak stabil ke dalam bentuk yang stabil.

Dengan kata lain, rantai radikal bebas akan terhenti sehingga menghentikan pula proses oksidasi.

Suatu jenis antioksidan umumnya hanya efektif pada radikal bebas jenis tertentu.

Itu sebab, pada radikal bebas yang berlainan, suatu antioksidan mungkin tidak akan menunjukkan efek yang diinginkan.

Sumber antioksida yang ada? Nak cari kat mana ye yang ada beta karotin vit C dan vit E yang padu...jawapannya jelas...ada pada VIVIX..nak?

#tsunamishaklee
#amazingseventeen

Thursday 9 March 2017

Bagaimana omega3 menghalang keradangan?


Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah.
Oleh itu, kita disarankan untuk menambahkan pengambilan ikan dan sumber omega 3 dalam hidangan untuk mendapatkan kesihatan jantung yang optimum.

 #tsunamishaklee


Friday 10 February 2017

Set Berpantang Shaklee

Masa berpantang adalah masa yang crucial utk perempuan..masa ni mmg fragile..ibaratkan contruction time😂..hihi..
Semasa mengandung ibu perlu kekuatan mental dan fizikal selama 9 bulan...menghadapi alahan, emosi, perubahan fizikal dan pembawakan budak yg pelbagai rupa bukan lah perkara yg mudah..
Semasa bersalin tenaga yang digunakan bukan sikit sakit yang ditanggung bukan kepalang urat yan.g putus bukan 1@2 mental emosi benar2 menduga kebergantungan sepenuhnya kepada Allah nyawa ibarat dihujung tanduk...matinya mati shahid...
Ketika berpantang inilah waktu untuk baiki semua yg rosak..emosi kembali stabil..makanan perlu seimbang berkhasiat..tradisi urut ,berbengkung dan bertungku jgn ditinggal..
Antara set berpantang Shaklee yg terbukti boleh menjadikan ibu lebih tenang , bertenaga , luka cepat sembuh dan bebas sembelit bonus susu meriah ketika tempoh berpantang adalah:

🌹Vitalea
🌹B Complex
🌹ESP
🌹Vitamin C
🌹Ostematrix

#tsunamishaklee
#amazingseventeen


Tuesday 7 February 2017

5 tips berjimat cermat tanpa berlapar

Dunia hari ni antara suka atau tidak memang perlu berjimat..jangan salahkan keadaan keadaan tak kan berubah walau selangit pun kita komplen..yang kena berubah adalah kita
Okeh hari ni kak mid nk share 5 tips untuk berjimat tanpa berlapar😂😂😂...

Tip #1:
Pelan makanan harian anda dengan bijak.
Bawa bekal daripada rumah adalah satu strategi yang boleh kita gunakan untuk berjimat.
Bayangkan, kita boleh jimat hingga RM50 seminggu. Cuma perlu keluarkan kos untuk memasak di rumah sahaja.
Kalau sebulan boleh simpan RM50 seminggu, berapa banyak kita boleh kumpul?
Selain selamatkan dompet, ia juga dapat menjamin kesihatan kita.
Makanan yang dimasak kat rumah lebih bersih dan sihat. Kita boleh dapat 2 kelebihan dalam satu masa. Best kan?

Tip #2:
Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.
Mungkin tip ini agak leceh untuk kita buat.
Dengan merekod setiap aktiviti yang melibatkan duit, kita dapat kenalpasti punca duit kita “bocor”.
Bila dah kenalpasti punca, kita boleh cipta pelan tindakan dan tampal balik “bocor” ini dengan mudah.
Walaupun perkara ini nampak remeh, ia masih ada potensi untuk pengaruhi tahap kesihatan kewangan kita.

Tip #3:
Jenama tak terlalu penting.
Banyak pasaraya keluarkan jenama sendiri (seperti Tesco, Guardian dan sebagainya) untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.
Dan tak perlu terkejut. Kadang-kala, ia lebih berkualiti berbanding barangan yang berjenama.

Tip #4:
Latih diri menahan nafsu berbelanja.
Sekarang bukan masa yang sesuai untuk “beli dahulu, fikir kemudian”. Kalau buat juga, “kesihatan” kewangan ada potensi besar untuk jatuh merosot.
Keadaan mata wang semasa tak selalunya indah belaka. Ada masa ia naik. Ada masa ia turun. Kalau ia sedang sakit, lebih baik kita ubah gaya hidup mengikut keadaan.
Ramai yang tak sanggup ubah gaya hidup secara drastik. Namun, ia lebih baik daripada terus kekalkan gaya hidup terdahulu yang jelas gunakan banyak duit.
Kalau tak perlukan sesuatu barangan itu, lebih baik kita tahan nafsu daripada membeli.
Risau kelak kita sendiri yang rasa rugi, sebab terikut nafsu berbelanja yang langsung tak beri manfaat kat kita.

Tip #5: Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak perlu.

Supaya kita tak hidup tersepit sebelum gaji yang seterusnya, mula belajar mencantas perbelanjaan yang tak perlu sebagai salah satu strategi.

Antara contoh yang boleh kita buat seperti:

Kurangkan melepak kat luar pada hujung minggu,
tak ke pawagam untuk melihat setiap “movie” yang baru keluar,
kerap memasak dan makan kat rumah (daripada beli kat kedai), atau lain-lain.
Selain itu, mula kaji rentak dan gaya perbelanjaan, dan fahami ia sedalam yang boleh.
Beri perhatian kat perkara seperti pelan Internet dan telefon bimbit kita, atau lain-lain perkara yang sama waktu dengannya.
Kalau ada pelan Internet atau telefon bimbit yang lebih murah dan berbaloi, tak perlu rasa berdosa untuk tukar.
Janji kita dapat berjimat sebanyak yang mungkin. Lebih banyak yang boleh kita jimat, adalah lebih baik.
Kalau korang ada tip sendiri, boleh sahaja tambah dan kongsikan kat ruangan komen. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus.
Kalau ambil mudah tentang perkara ini, tak mustahil aliran kewangan korang bakal terganggu secara negatif.

Ekonomi hidup yang baik bermula dengan diri korang sendiri, bukan orang lain.