Friday 24 March 2017

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN 'SUPPLEMENT'?

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan penuaan


2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayuran dari tanah yang subur.Racun perosak , racun serangga  dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti  buah & sayuran tersebut.


3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan ,penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika memasak.


4) Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan ,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet  yang tinggi kafein, lemak , gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.


5) Cara pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6) Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


7) Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


No comments:

Post a Comment