Friday 24 March 2017

7 SEBAB MENGAPA ANDA PERLUKAN 'SUPPLEMENT'?

1) Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi daripada yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan penuaan


2) Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayuran dari tanah yang subur.Racun perosak , racun serangga  dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti  buah & sayuran tersebut.


3) Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan ,penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika memasak.


4) Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan ,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet  yang tinggi kafein, lemak , gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.


5) Cara pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang serta mengikut piramid makanan yang dicadangkan.


6) Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.


7) Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas yang mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.


Tuesday 14 March 2017

Bagaimana antioksidan menutralkan radikal bebas


Sebelum lebih panjang kak mid nak cerita dulu macamana radikal bebas terbentuk,radikal bebas yang terbentuk selama oksidasi berada dalam keadaan yang sangat tidak stabil sehingga memiliki kecenderungan melepaskan elektron atau menyerap elektron dari sel.

Setiap kali sebuah elektron dilepaskan atau ditangkap oleh radikal bebas, maka akan terbentuk radikal bebas yang baru.

Radikal bebas yang baru terbentuk akan terus melakukan hal yang sama. Dengan cara ini, rantai radikal bebas tercipta.

Jika keadaan ini terus berlaku dalam jangka masa yang panjang, lama kelamaan sel2 badan akan menjadi rosak.

Antioksidan seperti beta karoten, vitamin C, dan vitamin E membantu mengubah radikal bebas yang tidak stabil ke dalam bentuk yang stabil.

Dengan kata lain, rantai radikal bebas akan terhenti sehingga menghentikan pula proses oksidasi.

Suatu jenis antioksidan umumnya hanya efektif pada radikal bebas jenis tertentu.

Itu sebab, pada radikal bebas yang berlainan, suatu antioksidan mungkin tidak akan menunjukkan efek yang diinginkan.

Sumber antioksida yang ada? Nak cari kat mana ye yang ada beta karotin vit C dan vit E yang padu...jawapannya jelas...ada pada VIVIX..nak?

#tsunamishaklee
#amazingseventeen

Thursday 9 March 2017

Bagaimana omega3 menghalang keradangan?


Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.

Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah.
Oleh itu, kita disarankan untuk menambahkan pengambilan ikan dan sumber omega 3 dalam hidangan untuk mendapatkan kesihatan jantung yang optimum.

 #tsunamishaklee